Kita
diajar Nabi S.A.W untuk sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T dan salah
satu zikir yang sangat digalakkan ialah ' Subhanallah (Maha Suci
Allah)'. Untuk menghayati zikir ini, kita mulakan penerokaan informasi
melalui hadis qudsi di bawah dan sudah tentu petikan-petikan ayat-ayat
Quran sendiri.
"Anak
Adam (manusia) telah mendustakan Aku. Sesungguhnya mereka tidak berhak
melakukan demikian. Mereka juga telah mencaci Aku. Sebenarnya juga
mereka tidak berhak melakukan demikian. Ada pun tuduhan dusta mereka
ialah mereka mengira bahawa Aku tidak berupaya mengembalikannya
(menghidupkan kembali setelah mereka meninggal dunia), dan cacian mereka
kepadaKu dengan tuduhan bahawa Aku mempunyai anak, MAHA SUCI dari
mempunyai seorang isteri atau mempunyai anak."
- Hadis qudsi riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Berikut adalah
ayat-ayat Al Quran yang menafikan Allah S.W.T mempunyai isteri dan anak
seperti yang dianuti agama lain terutamanya Kristian, yang paling
berusaha mengkristiankan generasi Islam sekarang.
"Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri?"
- Surah Al-An'aam, ayat 101.
"Dan
(ketahuilah wahai kaum kami!) bahawa sesungguhnya: tertinggilah
kebesaran dan keagungan Tuhan kita darapada beristeri atau beranak."
- Surah Al-Jin, ayat 3.
"Katakanlah
(wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang
menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada
beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang
serupa denganNya."
- Surah Al-Ikhlas, ayat 1~4.
"Ketahuilah
! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka
berkata: "Allah beranak;" sedang mereka, sesungguhnya adalah
orang-orang yang berdusta."
- Surah As-Saaffat, ayat 151~152.
"Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia."
-Surah Maryam, ayat 35.
"Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak." Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)."
- Surah Al-Baqarah, ayat 116.
"Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya."
- Surah Al-Isra', ayat 111.
"Dan
mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak." Demi
sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun
nyarid-nyaris runtuh ranap, - Kerana mereka mendakwa mengatakan (Allah)
Ar-Rahman mempunyai anak."
- Surah Maryam, ayat 88~92.
Nyatalah, dengan
menyebut 'Subhanallah' itu, keutamaannya, bermaksud mensucikan Allah
Yang Maha Mulia dan Yang Maha Suci daripada tuduhan yang Allah S.W.T
mempunyai isteri dan anak dan sebarang sekutu untuk mentadbir sekelian
alam ini. Mari kita berusaha untuk menjiwainya ketika melafazkan
zikirnya supaya hati kita tidak kosong dan lalai. Insya Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar