18 Rabiulakhir 1434 H
NUKILAN DARI TAMAN SYURGA.
Rasulullah s.a.w telah menyeru para sahabat termasuk dalam khutbah atas mimbar dan bersabda, "Aku berada diatas Telaga sehingga aku dapat melihat siapakah diantara kamu yang datang kepadaku."
"Sesungguhnya
aku akan mendahului kamu . Aku akan menjadi saksi kamu. Demi Allah,
sesungguhnya sekarang ini aku sudah dapat melihat telagaku." - (Bakhari
dan Muslim).
Rasulullah s.a.w
telah menjanjikan para sahabat, yang kekal istiqamah dengan peninggalan
(ajaran) baginda, untuk menemui baginda di Telaga tersebut.
Dari
Sahl bin Saad katanya, Nabi s.a.w bersabda, "Aku mendahului kamu berada
di Telaga. Sesiapa yang sampai di sana sudah tentu ia akan dapat
meminum air itu. Sesiapa yang telah meminumnya nescaya ia tidak akan
dahaga selama-lamanya. Sesungguhnya akan datang kepadaku kaum-kaum yang
aku kenal mereka dan mereka kenal aku. Kemudian aku dan mereka
dihalangi."
"Sesungguhnya
mereka dari umatku, lalu diberitahu: Sesungguhnya engkau tidak
mengetahui apa yang mereka telah perbuat setelahmu. Maka aku bersabda:
Pergilah jauh-jauh dari sini orang yang menukar agamanya setelahku."
- Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Ar-Riqaaq.
KETERANGAN HADIS.
1. Rasulullah s.a.w
menyambut kedatangan para sahabat dan sekelian umatnya yang beriman dan
bertaqwa yang beristiqamah dalam agama Islam, dan dikurniakan untuk
menikmati air telaga itu sehinggakan tidak akan merasa dahaga
selama-lamanya.
2. Orang-orang yang telah menukar agamanya diharamkan datang dan meminum airnya.
3. Wajib mempercayai
kewujudan Telaga yang dikurniakan khas kepada Rasulullah s.a.w seperti
terdapat di dalam hadis-hadis sahih dan mutawatir (diriwayatkan oleh
lebih 30 orang sahabat).
4. Telaga terletak
sebelum Titian Sirat kerana orang-orang yang 'dihalangi' dari sampai ke
Telaga, yakni, tidak selamat dari api neraka.
5. Di antara sebab-sebab utamanya menyebabkan seseorang gagal meminum air telaga ini ialah berlumba-lumba mengejar dunia.
6. Nabi s.a.w telah melihat dengan mata kepalanya sendiri ketika di dunia.
7. Orang yang berjaya meminum airnya ialah yang istiqamah atas agama sehingga mereka menemui Tuhannya.
8. perihal Telaga.
* Telaga ini berbentuk segi empat, setiap sudut jauhnya satu bulan perjalanan seperti di dalam hadis:
"Telagaku sepanjang jarak perjalanan satu bulan, dan sudut-sudutnya bersamaan". - Riwayat Muslim.
Antara contoh-contoh jarak telaga, baginda brsabda:
" Sesungguhnya telagaku sama seperti keluasan antara Ailah dan Sana'a dari Yaman". - Riwayat Bukhari dan Muslim.
* Kualiti airnya, " Airnya lebih putih dari susu dan baunya lebih harum dari kasturi". - Riwayat Bukhari.
"Lebih manis dari madu". - Riwayat Muslim.
* Sumber airnya adalah dari sungai Al-Kautsar dari syurga seperti hadis:
"Dituangkan
padanya dua saluran yang dibekalkan dari syurga, salah satunya dari
emas dan yang lainnya dari perak". -Riwayat Muslim.
Airnya tidak akan berkurang dan habis.
* Tersedia bejana (bekas air) yang banyak untuk orang-orang menggunakannya. Apabila ditanya Baginda s.a.w menjawab:
"Demi
Tuhan yang jiwa Muhammad berada ditanganNYA, sesungguhnya bejananya
lebih banyak dari bintang-bintang langit yang muncul pada malam yang
gelap". - Riwayat Muslim.
Maksud bejana seperti bintang, selain terlampau banyak bilangannya, adalah perbandingan tentang keindahan dan kejernihannya.
Wallahua'lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar